Menurut pihak berkuasa, lapangan utama tersebut yang popular bagi pelancong akan kekal tutup sehingga Ahad nanti dengan air menaiki landasan penerbangan ketika ini.

Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan memberi amaran kepada orang awam bahawa pintu empangan mungkin perlu dibuka dalam masa terdekat dengan ramalan cuaca hujan berterusan beberapa hari lagi.

Katanya, lebih 20 kejadian tanah runtuh dilaporkan dan amaran peringkat tinggi dikeluarkan bagi sembilan daerah.

Pihak berkuasa mengesahkan kematian 22 orang namun media melaporkan 29 orang terbunuh untuk semalam sahaja. - AFP