Lapor CNN Indonesia, jerebu terbabit mengakibatkan jarak penglihatan terhad kepada 100 hinga 200 meter sahaja.

Penduduk tempatan bimbang tentang keadaan berkenaan dan khuatir sekiranya jerebu itu berterusan, akan menjejaskan kesihatan kepada mereka.

"Ketika menuju ke masjid untuk solat Subuh, saya terhidu bau asap yang agak kuat," kata seorang penduduk tempatan, Tomi, seperti dipetik oleh Antara News.

Tomi berkata, dia berasa bimbang dengan kesihatan ahli keluarganya kerana sejumlah penduduk tempatan sudah ada yang mengalami radang tekak. - AGENSI