Lapor Detik News, parti pakatan Jokowi-Ma'ruf bagaimanapun menolak sekeras-kerasnya cadangan itu.

Parti Nasional Demokrat (NasDem) menegaskan, tidak sewajarnya Amien memperkatakan soal pengagihan kerusi ketika penggal kedua Jokowi.

Sebaliknya NasDem meminta kubu Prabowo agar mengeluarkan kenyataan bersesuaian dengan peranan mereka.

“Saranan saya adalah lebih baik membincangkan mengenai usaha mengukuhkan negara ini berbanding soal pembahagian Kabinet 55-45, sibuk mahu mengurus semua perkara.

Sementara itu, Parti Kebangkitan Bangsa (PKB), sebahagian parti pakatan Jokowi, menyifatkan kenyataan Amien itu sebagai aneh.

“PKB, NasDem, Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP), Golkar atau parti gabungan tidak pernah mengemukakan syarat itu. Peliknya, mereka yang baru datang mahu mengaturkan perkara seperti itu,“ kata Ketua DPP PKB, Jazilul 
Fawaid. – AGENSI