Daily Mail melaporkan, hidangan itu membantu melebatkan rambut sedia ada dan menggalakkan pertumbuhan rambut baharu dalam beberapa minggu .

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Dankook, Seoul menjalankan kajian terhadap 23 lelaki yang mengalami keguguran rambut dan diminta minum air kimchi sebelum sarapan dan tidur.

Selepas sebulan pengambilan minuman itu, purata pertumbuhan rambut responden meningkat daripada 85 sentimeter (sm) persegi kepada 90 sm persegi.

Setelah empat bulan, rambut responden meningkat kepada 92 sm persegi.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam World Journal of Men’s Health, kebanyakan responden lelaki menunjukkan tindak balas positif terhadap kajian itu.

“Penggunaan ubat berkemungkinan memberi kesan buruk dan bersifat sementara.

“Kami dapati kimchi dapat mengatasi masalah keguguran rambut dan botak. Kaedah ini juga rawatan yang selamat kepada pesakit,” jelas kajian itu.– AGENSI