Pengumuman itu dilakukan beberapa jam selepas kejadian sebuah kereta api terbakar di Stesen Kereta Api Ramses, dekat sini yang mengorbankan 20 nyawa.

“Menteri Pengangkutan menyerahkan surat peletakan jawatan dan Perdana Menteri meluluskannya,” jelas Kabinet dalam satu kenyataan.

Sekurang-kurangnya 20 terbunuh manakala 40 lagi cedera dalam kejadian kebakaran melibatkan kereta api di Stesen Kereta Api Ramses di sini.

Kebakaran itu dipercayai berlaku selepas letupan tangki minyak pada kereta api yang sedang bergerak laju menuju ke stesen berkenaan. – AFP