Channel News Asia melaporkan, meskipun pengumuman itu disambut baik, namun beberapa pihak merasakan langkah berkenaan tidak mencukupi melindungi hutan di republik tersebut.

Moratorium tersebut yang merangkumi kira-kira 66 juta hektar hutan primer dan tanah gambut, telah diperkenalkan pada tahun 2011 dan diperbaharui secara kerap, sebahagian usaha untuk mengurangkan pelepasan daripada kebakaran yang disebabkan penebangan hutan.

Presiden telah menandatangani satu arahan untuk menghentikan permit baharu dan meningkatkan pentadbiran hutan primer dan tanah gambut kata Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Siti Nurbaya Bakar dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, sebanyak 135,747 hektar kawasan hutan Indonesia dilaporkan terbakar dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini melibatkan kawasan tanah gambut dan tanah mineral.

Detik News yang memetik kenyataan Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan (KLHK) sebagai berkata, kebakaran itu berlaku di kawasan yang meliputi kira-kira 31,002 hektar tanah gambut manakala 1047,746 hektar tanah mineral.

Sementara itu, sebanyak 1,136 penduduk Pekanbaru dilaporkan mengalami Jangkitan Saluran Pernafasan Akut ( ISPA) ekoran jere­bu yang semakin te­ruk di wilayah Riau. –AGENSI