Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebakaran berlaku di kawasan hutan di Aude, tenggara bandar Carcassonne, semalam.

Katanya, kawasan hutan itu diklasifikasi sebagai berisiko tinggi untuk mengalami kebakaran teruk disebabkan dilanda kemarau baru-baru ini.

“Kira-kira 900 hektar telah musnah dalam kebakaran itu,” kata Jurucakap Jabatan Bomba Aude, Komander Philippe Fabre.

Jelas beliau, kebakaran merebak dengan cepat disebabkan tiupan angin berkelajuan 40 kilometer sejam namun tidak mengancam kediaman penduduk di kawasan tersebut.

Tambahnya, tiada bangunan musnah dan tiada penduduk cedera dalam kejadian tersebut. – AFP.