Channel News Asia melaporkan, Angkatan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam kenyataan menyatakan pihaknya membuat respons kebakaran sekitar pukul 6.33 pagi.

Katanya, api berjaya dikawal di pejabat di tingkat satu blok c dan dipadamkan menggunakan jet air.

“60 kakitangan telah keluar daripada lokasi kebakaran sebelum kedatangan SCDF dan tiada sebarang kecederaan dialami dalam kebakaran itu.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” jelas kenyataan itu.