Lapor portal buzznick, pesawat Boeing 777 bernombor pendaftaran 9M-MRD itu membuat pe­nerbangan pertama pada 17 Julai 1997 dan nahas yang me­ngorbankan ke­semua 298 penumpang itu berlaku ketika sambutan ulang tahun yang ke-17 pesawat terbabit.

Ini bermakna, pesawat itu secara rasmi­nya telah melakukan penerbangan selama 17 tahun.

Nahas itu mendedahkan banyak kaitan angka 17 dan tujuh berlaku secara kebetulan dalam tragedi tersebut.

Kata portal itu, pelumba basikal Belanda, Maarten De Jonge adalah satu-satu­nya 'penum­pang' bertuah kerana dua kali terselamat daripada maut apabila dia mengubah fikiran untuk menukar tarikh penerba­ngan sebelum menaiki pesawat MH370 dan MH17.

Pada awalnya, De Jonge yang berasal dari Oldenzaal itu sepatutnya menaiki penerbangan MH370 pada 8 Mac 2014 untuk me­nyertai pertandingan di Taiwan tetapi bertukar kepada penerbangan lain untuk meng­elakkan transit pada saat akhir.

Dalam insiden kedua, pe­lumba berusia 34 tahun yang merupakan ahli Terengganu Cycling Team (TSG) itu pula dilaporkan menukar tiket pesawat MH17 ke tarikh lain kerana mahu menjimatkan wang dengan menaiki pesawat yang lebih murah.

Penerbangan MH370 berlepas ke Beijing dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan 298 penumpang dan kali terakhir berhubung dengan satelit Immarsat sebelum dilaporkan hilang pada 8 Mac 2014. –AGENSI