Bagaimanapun, penyelidik pengkaji serangga di Nevada, Jedd Knight tampil memberikan penjelasan bahawa perpindahan belalang tersebut ke sentral Nevada berikutan cuaca basah beberapa bulan lalu.

Katanya, kehadiran sekumpulan serangga itu yang luar daripada kebiasaan namun tidak mendatangkan sebarang bahaya kepada manusia.

“Serangga ini, tidak membawa penyakit, menggigit dan merosakkan sebarang harta benda sebelum menghilangkan diri dalam beberapa minggu nanti.

“Kebiasaannya, belalang tertarik dengan cahaya ultraungu yang mana di bandar ini sememangnya banyak menggunakannya,” katanya.

Tambahnya, beberapa kali kejadian sama seperti pada enam atau tujuh tahun lalu pernah berlaku dalam pengalamannya lebih 30 tahun di Jabatan Agrikultur negeri.

Bagi seorang pelancong, DIana Rodriquez memberitahu Stesen Televisyen KLAS, ia suatu yang gila.

“Kami tidak sanggup untuk berjelan melalui sana (kehadiran jutaan belalang).

“Semua orang panik dan tertanya apa telah terjadi,” jelasnya.