Arab News melaporkan, makam tersebut dipercayai di­ceroboh Sabtu lalu dan mayat Gerges dicuri oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jenayah melibatkan kecurian mayat didakwa semakin me­runcing di seluruh Mesir terutamanya jika mayat tersebut diawet dan masih dalam keadaan baik.

Ada juga pihak yang sanggup menunggu selama dua tahun untuk mencuri mayat yang sudah dikebumikan.

Oktober tahun lalu, satu kumpulan aktif mencuri mayat daripada kubur ditahan polis dan siasatan mendapati mereka menjual kesemua mayat yang dicuri kepada kumpulan pelajar perubatan untuk proses amali.

Ada juga dalam kalangan mereka mengeluarkan tisu dan minyak daripada tulang mayat dengan cara merebusnya bagi menghilangkan bau sebelum dijual kepada pelajar.

Siasatan pihak berkuasa turut mendapati, pencuri meletakkan harga yang berbeza bagi anggota badan mayat, sebagai contoh untuk kaki dan tangan dijual pada harga AS$180 (RM741), tengkorak AS$300 (RM 1,235) dan seluruh anggota badan bernilai AS$1,203 (RM4,953).

Seorang pakar undang-undang, Ashraf Farahat berkata, undang-undang Mesir memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda bagi setiap kesalahan melibatkan pencerobohan kubur dan mayat.

Seorang lagi pakar undang-undang, Yasser Sayed Ahmed juga memaklumkan ada pengawal makam yang sanggup be­kerjasama dengan pihak tidak bertanggungjawab dengan membenarkan mereka mencuri mayat bagi mendapatkan keuntungan.

Jelasnya, pihak berkenaan akan menjual kesemua anggota badan serta tulang mayat kepada pengedar dadah untuk dicampur ke dalam dadah yang diproses, sekali gus boleh dijual pada harga yang tinggi. – AGENSI