Bangkok Post melaporkan, langkah bintang drama televi­syen ‘Descendant of the Sun’ itu mengejutkan peminat mereka di Asia dan perkara mengenai­nya diumumkan oleh peguam Joong-ki dalam satu kenyataan kepada pihak media, hari ini.

“Saya telah memulakan pro­ses timbang tara untuk bercerai dengan Song Hye-kyo.

“Kami berdua berharap untuk menyelesaikan penceraian ini dengan baik dan mahu berpisah secara baik tanpa menuduh sesama sendiri,” kata Joong-ki, 33, dalam kenyataan itu.

Dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan oleh sebuah agensi bakat, Hye-kyo, 37, memberitahu, perpisahan mereka adalah disebabkan oleh ‘perbezaan personaliti’.

Keputusan pasangan itu untuk bercerai turut mendapat reaksi warganet yang menyifatkan mereka sebagai pasangan yang serasi.

“Ini adalah pengakhiran satu kisah cinta yang indah. Bagaima­napun saya tetap kekal menjadi peminat,” kata pemilik akaun @BbHourBlythe di Twitternya.

Pasangan itu berkahwin pada 31 Oktober 2017. –AGENSI