Shinkansen itu dikatakan mampu mencapai kelajuan sehingga 320 kilometer sejam ketika ujian yang dijalankan hari ini.

Menurut syarikat East Japan Railway, kereta api itu yang diberi kod nama ALFA-X boleh mencapai kelajuan sehingga 360 kilometer sejam apabila ia beroperasi dalam tempoh sedekad.

Pembuatan Shinkansen itu tamat pada awal bulan ini dan menelan belanja sehingga AS$91 juta (RM378 juta). - AFP