Menurut kenyataan Perusahaan Listrik Negara (PLN) Indonesia seperti dipetik media tempatan, bekalan elektrik terputus berikutan masalah berkaitan loji kuasa elektrik di tengah dan barat Pulau Jawa.

Berdasarkan laporan media tempatan, bekalan elektrik turut terputus dihampir keseluruhan Pulau Jawa.

Kawasan yang terjejas selain Jakarta adalah Bandung, Bekasi, Cianjur, Cimahi, Cirebon, Garut, Karawang, Purwakarta, Majalaya, Sumedang, Tasikmalaya, Depok, Gunung Putri, Sukabumi, dan Bogor.

Setakat 3 petang ini, belum terdapat maklumat bekalan elektrik itu akan pulih.

Keadaan itu menyebabkan perkhidmatan kereta api elektrik, komuter dan MRT di Jakarta lumpuh, manakala perkhidmatan internet dan jaringan telekomunikasi turut mengalami gangguan. - BERNAMA