Menurut Daily Mail, dalam video tersebut, isteri Tong Xiaohua, Li Yue yang dilihat ke­luar dari sebuah kereta Porsche berwarna merah, mengherdik seorang pengguna jalan raya dan bertindak menampar lelaki itu.

RAKAMAN video Li Yue menampar seorang lelaki di laluan pejalan
RAKAMAN video Li Yue menampar seorang lelaki di laluan pejalan kaki di Chongqing, China, baru-baru ini. – AGENSI 

Mangsa kemudiannya bertindak menampar semula Yue.

Dalam rakaman itu, Yue yang mengenakan pa­kaian mewah seolah-olah memandang rendah mangsa yang hanya memakai baju-T dan berseluar pendek.

Wanita itu dikatakan berang apabila tindakannya membuat pusingan-U secara salah dan cuba melepasi lampu isyarat merah di laluan pejalan kaki dihalang mangsa.

Pasukan polis yang menjalankan siasatan dua minggu ke atas Xiaohua bagaimanapun memutuskan untuk memecat pegawai polis itu daripada tugasnya bermula semalam.

Pun begitu, polis tidak menjelaskan secara spesifik mengenai kesalahan ‘me­langgar disiplin’ yang dilakukannya dan enggan mengaitkan pemecatan itu dengan video isterinya yang menjadi tular.

Bercakap kepada South China Morning Post, Yue memohon maaf dan menyesal atas perbuatannya yang memberi kesan kepada keluarganya.

“Sikap sombong saya ini membawa tekanan mental kepada suami dan anak perempuan saya. Saya benar-benar menyesal akan perbuatan saya ini,” katanya.

Dalam pada itu, polis Chongqing mengesahkan yang wanita itu dikenakan denda AS$30 (RM125) kerana membuat pusingan-U di laluan pejalan kaki dan beberapa mata dikurangkan daripada lesen memandunya kerana memakai topi besar dan kasut tumit tinggi yang tidak selamat untuk memandu.

Learn to freehand visualize your ideas