Channel News Asia melaporkan, meskipun pengumuman itu disambut baik oleh rata-rata pertubuhan bukan kerajaan (NGO), namun beberapa pihak merasakan langkah itu tidak mencukupi untuk melindungi hutan di negara tersebut.

Moratorium tersebut yang merangkumi kira-kira 66 juta hektar hutan primer dan tanah gambut, telah diperkenalkan pada tahun 2011 dan diperbaharui secara kerap, sebahagian usaha untuk mengurangkan pelepasan daripada kebakaran yang disebabkan penebangan hutan.

“Presiden telah menandatangani satu arahan untuk menghentikan permit baharu dan meningkatkan pentadbiran hutan primer dan tanah gambut,” kata Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Siti Nurbaya Bakar dalam satu kenyataan. - AGENSI.