Namun, hal itu semakin terjejas apabila negara ini merekodkan simpanan air yang semakin merosot.

BBC Indonesia melaporkan, Jawa bakal kehilangan hampir seluruh sumber air menjelang tahun 2040, sekaligus akan menjejaskan kehidupan kira-kira 150 juta penduduk apabila mereka kekurangan bekalan air untuk minum dan makan.

Lembaga Pengetahuan Indonesia (LIPI) menyatakan bahawa beberapa faktor mendorong kepada permasalahan tersebut termasuk perubahan iklim, pertambahan penduduk hingga fungsi tanah.

Kerajaan menyatakan bahawa projek empangan dan kerja-kerja memajukan kawasan takungan air sedia ada dapat mencegah krisis kekurangan bekalan air di negara ini, biarpun ada golongan akademik melihat usaha itu ‘tidak cukup’ untuk membendung masalah berkenaan. – AGENSI