Menurut Perdana Menteri India, Narenda Modi, kejayaan itu meletakkan negara ini sebaris dengan Amerika Syarikat (AS), Rusia dan China sebagai kuasa besar angkasa lepas paling maju.

Peluru berpandu berkenaan dilancarkan dari fasiliti ujian di Odisha, timur negara ini dan bergerak setinggi 300 kilometer ke udara sebelum ia meletupkan satelit tersebut.

“Ini merupakan detik membanggakan bagi India,” ujar Modi dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung. - AFP