Huawei memfailkan saman terhadap rang undang-undang AS pada Mac dengan menyatakan ia ‘tidak berpelembagaan’ dan Kongres AS gagal memberikan bukti menyokong sekatan terhadap produknya.

Syarikat itu memfailkan usul untuk ‘summary judgement’ hari ini agar menentukan segera sama ada kes itu mempunyai merit untuk diteruskan.

Ketua Pegawai Undang-Undang Huawei, Song Liuping berkata, kerajaan AS tidak menyediakan sebarang bukti bahawa syarikat mengancam keselamatan.

“Tiada pistol, tiada asap hanya spekulasi,” katanya kepada wartawan di ibu pejabat Huawei di sini, hari ini. - AFP