Lapor CNN, kerja-kerja pembinaan telah beberapa kali bermula dan terhenti menimbulkan spekulasi berterusan sama ada ia akan dibuka kepada pelanggan.

Bagaimanapun, hotel itu yang mula dibina pada 1987 kemudian dilengkapi dengan cermin dan besi serta selepas itu lampu diod pemancar cahaya (LED) yang berwarna-warni pada waktu malam.

Bangunan itu kembali hidup pada 2018 dengan lampu LED menjadi alat propaganda dengan pertunjukkan selama empat minit sejarah Korea Utara dan pelbagai slogan politik disamping tingkat teratas memaparkan bendera negara.

Kebelakangan tahun ini, kerja-kerja dijalankan di sekitar tapak hotel yang baharu ini dibuka membolehkan orang ramai untuk berjalan hingga ke pintu masuk hadapan bangunan.

Pada Jun tahun lalu, papan tanda diletakkan pada bangunan yang ditulis 'The Ryugyong Hotel dalam bahasa Korea dan Inggeris.

Sehingga hari ini, Hotel Ryugyong masih merupakan bangunan tidak berpenghuni paling tinggi di dunia.