Pengurus jualan Atlantic Leather, Steinunn Gunnsteinsdóttir berkata pihaknya mempunyai satu-satunya memiliki tempat penyamakan ikan di Eropah.

Gunnsteinsdóttir mengakui dia dan keluarganya berdepan cabaran untuk menghasilkan kulit ikan pada peringkat awal.

“200 percubaan pertama, kami hanya membuat sup ikan berbau,” katanya.

Lapor BBC, syarikat berkenaan memproses kulit salmon, kod, kerakap dan ikan serigala sejak 1994.

Proses penyamakan memerlukan antara tiga hingga empat minggu dan 19 pekerja kini menghasilkan 10,000 kulit atau hampir satu tan kulit ikan setiap bulan.

“Bau ikan akan hilang di peringkat awal dan kemudiannya ia berbau seperti kulit lain,” kata Gunnsteinsdóttir yang merupakan anak perempuan kepada pengasas syarikat tersebut. - AGENSI