Channel News Asia mela­porkan, Peter Chadwick, 55, dikesan berada di Mexico City selepas polis menawarkan ganjaran AS$100,000 (RM418,620) bagi individu yang mendedahkan maklumat tentang suspek berkenaan.

Penangkapannya disahkan peguam daerah Orange County, Todd Spitzer.

"Hari ini cukup mengembirakan kerana penjenayah paling dikehendaki telah berjaya ditangkap," katanya.

Menurut True Crime Daily, Chadwick dan isterinya, Quee Choo Lim dilaporkan meninggalkan kediaman mereka di Ca­lifornia pada Oktober 2012 dan polis dimaklumkan mengenai perkara itu selepas pasangan tersebut gagal menjemput anak mereka di sekolah.

Choo Lim yang merupakan suri rumah sepenuh masa ber­asal dari keluarga kaya di Malaysia.

Polis tidak lama selepas itu menerima panggilan dari Chadwick yang melaporkan isterinya dibunuh pembunuh upahan sebelum dia dijadikan tebusan pembunuh berkenaan.

Chadwick mendakwa pembunuh berkenaan memaksa­nya ke Mexico dan membuang mayat isterinya di sana.

Namun polis mengesan luka pada leher Chadwick dan kesan darah pada kukunya sebelum tindakannya menyembunyikan mayat isterinya di San Diego dihidu pihak berkuasa.

Suspek didakwa menjerut isterinya selepas berlaku pertengkaran antara dia dan mangsa. – AGENSI