Bangkok Post melaporkan, Menteri Pengangkutan, Arkhom Termpittayapaisith berkata, Pusat Pengarahan Keselamatan Jalan menyatakan Nakhon Si Thammarat merekodkan kemalangan tertinggi iaitu 23 kes manakala Udon Thani dengan mangsa maut terbanyak iaitu empat orang dan Nakhon Ratchasima (23 orang cedera).

“Punca utama kemalangan jalan raya sama seperti tahun lalu iaitu minum arak sambil memandu dengan 34.6 peratus dan laju (26.9 peratus),” katanya.

Tambahnya, pihak berkuasa dan polis telah membuat 2,036 tempat pemeriksaan sepanjang pesta itu dengan 709,464 kenderaan ditahan.