Ibadah haji akan bermula pada 9 Ogos dan umat Islam akan mengerjakan wukuf di Bukit Arafah keesokan harinya sebelum menyambut Hari Raya Aidiladha pada Ahad.

Lapor Arab News, menurut statistik dikeluarkan oleh Direktorat Pasport Awam sehingga kelmarin, seramai 1.2 juta jemaah haji telah tiba di negara ini.

Ramai jemaah dari Malaysia, Pakistan, Bangladesh, Indonesia dan Tunisia tiba di negara ini sebagai sebahagian daripada program inisiatif Laluan Mekah.

Dilancarkan tahun lalu, rombongan jemaah haji dari Malaysia dan Indonesia berpeluang menjadi jemaah terawal mencuba program tersebut.

Dalam perkembangan lain, Bandar Perubatan Raja Abdullah di Mekah telah menjalankan 163 pembedahan jantung kepada jemaah haji bulan lalu.

Pembedahan tersebut me­­rang­kumi 160 prosedur pengkatete­ran kardiak bagi membersih­kan salur darah agar kembali terbuka dan tiga pembedahan jantung terbuka.

Menurut eksekutif pengurusan agensi itu, pusat jantung telah membuat persiapan rapi bagi memastikan ia dapat memberikan perkhidmatan dan ra­watan terbaik untuk jemaah haji. –AGENSI