Menurut Akademi Sains dan Persuratan Norway, Uhlenbeck menjadi wanita pertama yang memenangi anugerah berkenaan.

“Uhlenbeck menerima Hadiah Abel 2019 atas kerjanya dalam analisis geometrik dan teori tolok, sekali gus mengubah landskap matematik dengan dramatik,” kata Pengerusi Jawatankuasa Abel, Hans Munthe-Kaas dalam satu kenyataan dikeluarkan.

Uhlenbeck, 76, merupakan seorang sarjana penyelidik kanan di Princeton University serta pembantu di Insitute for Advanced Study (IAS) di AS. - AFP