Lapor Republika, Menurut Dedi, penilaian itu perlu susulan beberapa isu berbangkit sepanjang Pemilu termasuk kematian melibatkan sejumlah pegawai jawatankuasa pusat mengundi (KPPS).

Dedi berpendapat, kes-kes kematian tersebut adalah kesan daripada proses Pemilu yang membebankan ramai pihak.

“Prosesnya amat memenatkan, berlangsung dari pagi hingga malam,” jelasnya.

Tambah Dedi, banyak pusat pengundian yang beroperasi sehingga awal pagi dan itu belum termasuk undian semula dan kiraan semula undi.

Katanya lagi, Pemilu serentak juga memberikan tekanan psikologi kepada calon legislatif yang juga merupakan pasukan kempen Presiden.

“Tekanan psikologi adalah pelbagai bentuk kerana selain menguruskan Pemilu, mereka kemudian beralih terus kepada pemilihan legislatif. Tumpuan mereka terganggu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Biro Penerangan Masyarakat Polis Nasional, Dedi Prasetyo memberitahu sembilan anggotanya meninggal dunia ketika bertugas sepanjang Pemilu berlangsung.

Sembilan anggota tersebut adalah, M. Saepudin; M. Supri; Suratno; Prima Leion Nurman Sasono; Ichwanul Muslimin; Stef Pekualu; Arif Mustaqim; Slamet Dardiri dan Syaiful Zachri.

Tambahnya, antara punca kematian anggota itu adalah akibat kemalangan jalan raya, mengawal pusat pengundian dan keletihan selepas mengagih­kan kertas undi. – AGENSI