RT News melaporkan, insiden pada Jumaat lalu itu dilaporkan berlaku selepas aplikasi ‘filter’ kucing tersebut diaktifkan secara tidak se­ngaja.

Insiden itu sempat dirakam seorang wartawan, Tyler Dawson yang memuatnaik gambar suntingan video tersebut dalam Twitter.

Sehubungan itu, polis Kanada memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan memaklumkan hal berkenaan disebabkan oleh ‘masalah teknikal’ ketika penstriman langsung diadakan.

Pada sidang akhbar itu, polis mengesahkan kematian pasangan kekasih, Lucas Fowler dan Chynna Deese pada awal minggu ini adalah akibat dibunuh.

Jun lalu, insiden sama dilaporkan berlaku terhadap seorang ahli politik Pakistan ketika beliau mengadakan sidang akhbar.

Ketika itu, tiba-tiba muncul sepasang ‘telinga kucing’ berwarna merah jambu berserta misai pada mukanya. – AGENSI