CNN Indonesia melaporkan, Ahmad menyampaikan perkara tersebut selepas Prabowo me­ngadakan pertemuan dengan semua ahli Gerindra di kediamannya di Bogor, semalam.

Jelas Ahmad, Parabowo juga akan membuat keputusan sama ada Gerindra akan bergabung de­ngan pakatan pentadbiran Presiden Joko Widodo (Jokowi) atau terus berjuang sebagai parti pembangkang.

“Hal itu (bergabung dengan pakatan Jokowi) tidak dibicarakan secara khusus, namun semua ahli Gerindra memberi kepercayaan kepada Prabowo untuk menentukan hala tuju politik parti ini pada masa akan datang.

“Pertemuan yang diadakan juga lebih banyak membincangkan isu-isu berkaitan pergerakan Gerindra secara dalaman,” katanya.

Selain itu, Ahmad turut memaklumkan Prabowo berterus terang menyatakan bahawa perjuangan Gerindra pada masa akan datang bakal menjadi lebih berat.

Sehubungan itu, semua ahli dalam parti berkenaan perlu mengukuhkan barisan bagi memastikan struktur parti terus bertahan dalam arena politik Indonesia.

Dalam perkembangan lain, jumlah pengikut Prabowo dalam Twitter dilaporkan menu­run secara drastik iaitu sebanyak 891 orang selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Jokowi, baru-baru ini.

Pemantau dari Center For Digital Society (CFDS), Treviliana Eka berkata, akaun Twitter Prabowo kebiasaannya akan mencatat penambahan pengikut sekurang-kurangnya 600 orang setiap hari.

Namun, pada hari pertemuan Prabowo dengan Jokowi, jumlah itu semakin menurun dan keadaan sama turut berlaku kepada akaun Twitter Ge­rindra. – AGENSI