Menurut pihak berkuasa, kejadian gempa itu juga menyebabkan bekalan elektrik terputus sementara yang telah menjejaskan lebih 10,000 rumah.

Agensi Kebakaran Kebangsaan Taiwan berkata, wanita berusia 60 tahun maut selepas ditimpa sebuah almari kabinet ketika kejadian tersebut.

Pada 1999, Taiwan merekodkan gegaran paling dahsyat apabila gempa bumi berkekuatan 7.6 magnitud, membunuh kira-kira 2,400 orang. - AFP.