Menurut pasukan perkhidmatan kecemasan Turki, gempa bumi itu berlaku di wilayah Denizli, berhampiran bandar Bozkurt pada pukul 11.25 pagi waktu tempatan, dengan kedalaman kira-kira tujuh kilometer.

“Beberapa bumbung bangunan dan rumah runtuh dalam kejadian tersebut. Bagaimanapun, tiada orang terbunuh dan tiada kecederaan serius dilaporkan,” kata Datuk Bandar Bozkurt, Birsen Celik kepada stesen televisyen NTV. - AFP.