Pengalaman mengambil gambar gelandangan selama 10 tahun menyaksikan terdapat gambar yang dirakam oleh Kim adalah gambar bapa kandungnya .

Pada 2003, Kim mengikuti satu projek mengambil gambar gelandangan sekitar bandar Hawaii sebelum mengetahui seorang daripada gelandangan itu adalah bapanya.

Kim dibesarkan oleh ibunya di Maui setelah kedua ibu bapanya itu berhadapan situasi sukar dan memutuskan untuk bercerai.

Sejak penceraian kedua ibu bapanya itu, Kim tidak lagi bertemu dengan lelaki itu malah telah terputus hubungan dengan insan yang dikasihinya itu.

Apa yang diketahuinya adalah kenangan merakam gambar bersama bapanya. Malah lelaki itu juga adalah orang pertama yang mengajarnya menggunakan kamera.

Namun, dia kembali bertemu dengan bapa yang dikasihi menerusi kecintaannya kepada kamera. Dia mengetahui bahawa seorang daripada gelandangan di Honolulu adalah bapanya.

Mengetahui perkara tersebut, Kim mengambil masa untuk berbual dan bertemu lelaki itu di kawasan jalanan di Honolulu.

“Ada malam yang saya tidak tahu di mana bapa berada. Kadang-kadang saya jumpa di tempat yang tidak disangka. Dia bagaimanapun menghidap penyakit schizophrenia tanpa sebarang rawatan.

“Penyakit yang dihidapi bapa menyebabkan dia selalu bergaduh dengan seseorang yang tidak wujud,” katanya yang cuba sedaya upaya memberi bantuan sebaiknya kepada si bapa agar dapat kembali pulih.

Hari ini, bapanya telah banyak berubah. Beberapa keping gambar telah dikongsi oleh Kim dalam blog miliknya dengan menyatakan dia begitu bahagia bersama bapa tercinta. – HOMELESSPARADISE.COM