BBC melaporkan, syarikat yang mendominasi media sosial itu juga berjanji untuk meningkatkan keupayaan mengenal pasti dan menyekat bahan daripada kumpulan pengganas,

Keputusan itu dibuat selepas rangkaian media sosial Facebook telah mengalami tekanan selepas seorang pengganas kulit putih membuat ‘live stream’ ketika menyerang dua buah masjid di New Zealand.

Susulan kejadian itu, beberapa pemimpin dunia mendesak syarikat pengendali media sosial untuk lebih bertanggungjawab dalam kenyataan yang dimuat naik di ‘platform’ mereka. -AGENSI