Menurut FAA seperti dipetik Channel News Asia, lebih 300 pesawat model tersebut dan model lama mungkin dilengkapi peralatan yang tidak menepati piawaian serta mahu perkara itu diganti dengan segera.

Tambah FAA, lebih 148 jalur slat dihasilkan oleh pembekal terjejas dan memberi ke­san kepada 179 pesawat 737 MAX serta 133 NG di seluruh dunia.

Slat adalah panel bergerak di bahagian sayap yang membantu daya angkat tambahan kepada pesawat semasa berlepas dan mendarat.

FAA menegaskan, kegagalan sepenuhnya pada jalur slat tidak akan mengakibatkan nahas, tetapi peralatan yang tidak elok boleh menyebabkan kerosakan ketika penerbangan.

Boeing pula memaklumkan, mereka masih belum menerima sebarang isu berkaitan slat.

Jelas Boeing, mereka sudah mengenal pasti 20 model 737 MAX yang berkemungkinan besar mempunyai peralatan yang rosak dan syarikat terbabit akan memeriksa 159 pesawat lagi.

Selain itu, Boeing juga menge­nal pasti 21 NG yang mungkin mempunyai peralatan yang rosak dan memberi pe­ringatan kepada syarikat pe­nerbangan untuk memeriksa 112 lagi NG.

NG merupakan generasi ketiga model 737 yang dibangunkan pada 1997.