Insiden tersebut berlaku selepas dua kejadian tembakan rambang di AS pada awal bulan ini iaitu di Dayton, Ohio dan El Paso, Texas sehingga mengakibatkan 31 orang meninggal dunia.

Menurut Jabatan Polis Philadelphia, kejadian itu berlaku ketika pegawai terbabit menyerahkan waran tangkap berkaitan dadah di kediaman suspek berkenaan.

Komisioner Jabatan Polis Philadelphia, Richard Ross Jr berkata, dua anggota polis lain yang terperangkap di dalam rumah bersama lelaki bersenjata itu, berjaya diselamatkan oleh pasukan anggota unit SWAT.

Jurucakap polis, Eric Gripp menerusi akaun Twitter memberitahu, suspek itu kemudian berjaya ditahan. - AFP