Lapor media Romania, lelaki berusia 38 tahun yang mendapatkan rawatan di hospital itu memasuki bilik rawatan dan menyerang pesakit lain dengan dirian transfusi.

Tiga pesakit mengalami kecederaan di kepala lantas maut dan seorang lagi mati selepas menerima rawatan.

Dua mangsa daripada sembilan yang cedera pula berada dalam keadaan koma.

Pengarah hospital, Viorica Mihalascu berkata, semuanya berlaku tidak sampai seminit.

"Pesakit (penyerang) itu yang dimasukkan ke dalam wad bagi pemantauan normal.

"Simptom dia tidak menunjukkan indikasi boleh mendatangkan tragedi," katanya. - AFP