Dalam kejadian malam semalam, mangsa yang terbunuh adalah Rahma Ramadhani, 10; Na’illah Fathinah Sholihah, 9; Anisa Dzahro, 7; dan Naufal Nasrulloh, 6.

Lapor Kompas.com, jiran mangsa yang merupakan saksi kebakaran, Hamidah, 29, berkata, dia menyedari kebakaran tersebut selepas terde­ngar bunyi jeritan sekitar pukul 9.50 malam.

Apabila keluar dari rumah, dia mendapati jiran­nya, Lina yang tinggal bersama suami, Abdullah dan enam orang anak sedang menjerit me­minta tolong.

“Api ketika itu sudah sampai ke bumbung rumah mang­sa lantas saya bersama suami mengambil peralatan untuk cuba memadamkannya.

“Saya juga melihat Abdullah dapat keluar dari rumah sambil mendukung dua anaknya, Fabiah dan Aida,” katanya.

Ketua polis Junrenjo, Sup­riyanto memberitahu, tiga mayat beradik itu ditemukan dalam bilik sama manakala satu lagi mayat di bilik belakang. – AGENSI