Menurut laman berita hiburan Variety, pemenang dua kali Oscar bakal menyumbangkan suara untuk salah satu watak dalam filem animasi ‘Luck’ yangsudah pun memulakan proses rakaman.

Beliau menarik diri apabila Skydance mengumumkan awal Januari lalu akan mengambil Lasseter, 62, yang dipaksa meletak jawatan sebagai ketua animasi Disney selepas mengaku membuat kakitanganya tidak selesa kerana memeluk mangsa tanpa rela.

Thompson menulis surat kepada pengurusan studio untuk membantah keputusan membawa masuk Lasseter.

Pelakon berusia 59 tahun itu kemudian memanjangkan suratnya kepada akhbar Los Angeles Times dan disiarkan sepenuhnya.

“Rasa sangat ganjil apabila syarikat ini mempertimbangkan keputussan untuk mengambil Lasseter, memandangkan keadaan sekarang apabila seseorang dengan pengaruh seperti itu dijangka dapat bertanggungjawab,” katanya dalam surat tersebut yang telah disahkan pegawai publisitinya. -AFP