Kajian yang dikeluarkan dalam jurnal BMJ, Thorax berkata, e-rokok tersebut seperti yang ditakuti merupakan pintu masuk kepada dadah bagi tembakau.

“Kajian kami tidak menyokong hipotesis bahawa e-rokok ‘menormalkan’ perokok belia ketika tempoh membesar namun kebanyakan penggunaan menjadi tidak tetap di Britain,” jelas kajian berkenaan.

Kesan kesihatan disebabkan e-rokok juga masih tidak diketahui berikutan amalan yang baharu itu.

Menurut pakar, ia mengambil masa berdekar untuk menentukan menghisap tembakau menyebabkan lebih tujuh juta kematian pramatang di seluruh dunia setiap tahun.

Pada bulan lalu, kajian kepada hampir 100,000 dewasa di Amerika Syarikat menunjukkan penggunaan e-rokok meningkatkan kebarangkalian terkena serangan jantung, penyakit arteri koronari dan kemurungan dengan masing-masing 34, 25 dan 55 peratus. - AFP