Bangkok Post melaporkan, kemalangan itu mengakibatkan sejumlah besar buah durian berselerakan atas jalan yang menghubungkan Bang Na dan Kanchanaphisek di daerah Muang.

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 4.30 pagi, waktu tempatan.

Dua laluan ditutup sementara bagi membolehkan pasukan kecemasan memindahkan kesemua durian dan trak berkenaan dari atas jalan.

Pemandu trak tersebut hanya mengalami cedera ringan.- AGENSI