Kementerian Pertahanan menerusi kenyataan memberitahu, ketika ujian ke atas bahan pendorong cecair enjin jet dijalankan, satu letupan berlaku sehingga menyebabkan peralatan terbakar.

“Akibat kemalangan itu, enam kakitangan kementerian pertahanan dan seorang pemaju tercedera. Dua pakar meninggal dunia kerana cedera parah,” katanya dengan memaklumkan tahap radiasi berhampiran kemudahan itu berada pada paras normal.

Jurucakap bagi pangkalan tentera yang terletak di wilayah Arkhangelsk juga mengesahkan tiada pencemaran radiasi berlaku.

Bagaimanapun, pihak berkuasa berhampiran dengan bandar Severodvinsk berkata, tahap radiasi meningkat secara singkat selepas insiden letupan itu. - AFP.