Portal odditycentral melaporkan, Carlos Silver yang menyampaikan 5,000 lagu dalam masa 106.7 jam disahkan hilang kelayakan selepas didapati melanggar tempoh masa rehat antara lagu iaitu 30 saat.

Silver, dalam rakaman video didapati berehat sehingga dua minit antara lagu sekaligus disahkan melanggar peraturan ditetapkan.

Cubaan Silver ini merupakan yang kedua, setelah gagal pada 2016 untuk memecah rekod dipegang Sunil Waghmare yang mengungguli rekod tersebut dengan nyanyian selama 105 jam.-AGENSI