Hubungan antara Beijing dan Taipei telah regang sejak Presiden Tsai Ing-wen berkuasa pada 2016 kerana partinya enggan mengiktiraf idea bahawa Taiwan sebahagian ‘satu China’.

Sebagai hukuman, Beijing memutuskan komunikasi rasmi, meningkatkan latihan ketenteraan dan mengambil rakan diplomatiknya dan memberi tekanan ekonomi kepada Taipei. - AFP