Tindakan itu diambil Hogg selepas kritikan Beijing terhadap tindakan beberapa kakitangan syarikat penerbangan itu yang melibatkan diri dalam tunjuk perasaan baru-baru ini.

Cathay Pacific dalam kenyataan memberitahu perletakan jawatan Hogg sebagai tanggungjawab yang dipikulnya sebagai ketua syarikat itu berdasarkan insiden yang telah berlaku.

Perletakan jawatan Hogg disusuli perlantikan pemegang saham bersama syarikat itu, Augustus Tang sebagai ketua pegawai eksekutif yang baharu.- AFP