BBC yang memetik kenyataan keluarga Maseko melaporkan, lelaki berusia 30 tahun dari Afrika Selatan itu terbunuh dalam satu kemalangan, kelmarin.

Maseko dari Afrika Selatan yang bakal menjadi individu dari negara itu untuk menjejak kaki ke angkasa lepas, dilapor mening­gal dunia dalam satu kemalangan motosikal.

Digelar sebagai `Afronaut dan Spaceboy’, Maseko menggambarkan dirinya sebagai budak bandar tipikal yang berasal dari Pretoria.

Maseko menghabiskan masa selama seminggu di Pusat Ang­kasa Kennedy di Florida bagi menjalani ujian sebagai persediaan mengembara selama sejam di sub orbit, pada 2015.

Katanya, dia mahu melakukan sesuatu yang akan memberi motivasi dan inspirasi kepada orang muda di Afrika serta membuktikan bahawa mereka boleh mencapai apa jua tanpa mengira latar belakang.

Menurut Maseko, beliau juga bercadang untuk menghubungi golongan muda itu ketika berada di angkasa lepas.

“Saya berharap mempunyai satu talian yang akan digunakan pada masa akan datang seperti angkasawan, Neil Amstrong,” katanya. – AGENSI