Malah Wetherell turut menyamakan tindakannya itu se­perti memberi pistol yang penuh de­ngan peluru kepada kanak-kanak berusia empat tahun.

“Ketika mencipta retweet, saya percaya ini akan membantu orang ramai untuk berkongsi pendapat dan mendengar suara mereka.

CHRIS WETHERELL
CHRIS WETHERELL

“Namun keadaan bertukar sebaliknya, ciapan semula ini mewujudkan budaya mengkritik dalam talian yang me­ningkatkan kemarahan sesama manusia,” katanya kepada Daily News.

Melihat 'Twitter mob' yang menjadi medan untuk mengejek antara satu sama lain dan menyinggung perasaan netizen, Wetherell berkata, dia seolah-olah melihat situasi itu amat buruk.

“Saya menyedari perkara ini mungkin bukan sesuatu yang disengajakan, barang kali begini orang berkelakuan dan itu yang membuatkan saya diselubungi perasaan takut seperti mahu mati,” jelasnya.

Beliau berkata, sebelum ciapan semula diperkenalkan, netizen membalas mesej de­ngan menyalin dan menampal semula kandungan itu dengan meletakkan ‘RT’.

Meskipun kesal dengan ciptaan­nya itu, Wetherell memberitahu, butang itu tidak perlu dikeluarkan daripada Twitter kerana memberi kuasa maklumat dan perkongsian yang tinggi kepada pengguna.

Sehubu­ngan itu beliau mencadang­kan agar Twitter membangunkan sebuah kumpulan yang dipanggil sebagai pemerhati untuk mengeluarkan kandungan-kandungan yang menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Wetherell bukanlah satu-sa­tunya individu yang tidak menyukai ciptaannya.

Pengasas bersama Facebook, Justin Rosenstein sebelum ini pernah mendedahkan yang beliau telah menyekat semua aplikasi di telefon pintarnya setelah membuatkan dirinya ketagih.

Rosenstein memberitahu Guardian bahawa media sosial dan aplikasi lain boleh membuatkan pengguna internet ke­tagih seperti heroin selain memberikan kesan kepada ke­upayaan seseorang untuk fokus terhadap kerja.