Lapor BBC, penilaian itu dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus di bawah Kesatuan Eropah (EU).

Menurut penyelidik, ia merupakan tanda terbaharu Bumi sedang mengalami suhu paling panas yang tidak pernah terjadi sebelum ini.

Secara globalnya, suhu pada bulan lalu meningkat sebanyak 0.04 darjah Celcius berbanding catatan suhu paling panas direkodkan sebelum ini pada Julai 2016. - AGENSI