Portal Merdeka melaporkan, anak tunggal pasangan Riski Amalia dan arwah suaminya, Doni Indra Irawan itu dilaporkan pada mulanya bermain di bawah pokok mangga yang terletak tidak jauh dari rumahnya, baru-baru ini.

Riski berkata, dia pada awalnya mengajak anaknya, Rehan Anta Maulana tidur tetapi dia enggan malah keluar dari rumah itu dan pergi bermain bersama rakan-rakannya.

“Tidak lama kemudian, dua rakannya pulang ke rumah ma­sing-masing, tinggal anak saya dengan seorang lagi rakannya yang bermain di bawah pokok mangga tersebut,” katanya.

Ketika itu, Riski dapat mendengar perbualan anaknya dengan rakannya yang dikenali sebagai Galang mengenai adakah mereka berani disunat.

Selepas itu, Galang pulang ke rumah dan tidak lama kemudian, Riski mendengar Rehan mengeluh kesakitan pada bahagian alat sulitnya menyebabkan neneknya keluar melihat apa yang berlaku.

“Selepas ibu saya membuka seluar Rehan, dia melihat alat sulit anak saya seperti sudah dikhatan dan kami merujuk perkara itu kepada ustaz serta dimaklumkan tiada insiden pelik berlaku.

“Tiada sedikit pun kesan darah pada alat sulitnya dan Rehan juga sudah berhenti menangis, dia hanya membertahu rasa sa­kit itu sekejap sahaja,” kata Riski.

Sehubungan itu, keluarga berkenaan percaya bahawa kanak-kanak lelaki berkenaan sudah dikhatankan oleh jin namun tidak akan mengadakan kenduri kesyukuran berikutan kejadian tersebut. – AGENSI