Menurutnya, Swift menimbulkan semula pertelingkahan berpanjangan mereka dengan menyerang pengurusnya, Scooter Braun yang membeli banyak hak cipta album-album platinum milik penyanyi wanita itu.

“Bagi anda meletakkan ia ke dalam media sosial dan membuatkan orang membenci Braun adalah tidak adil,” katanya dalam akaun Instagram.

Swift memberitahu, dia sengsara beberapa tahun dengan ‘pembelian manipulatif’ oleh Braun yang merupakan pemain utama industri yang menerajui Ithaca Holdings.

Syarikat itu telah membeli Big Machine Label Group yang mengeluarkan tujuh album awal Swift.

Swift juga mendakwa dia tidak pernah ditawarkan untuk membeli hak cipta album lamanya termasuk Fearless dan 1989. - AFP