Dilaporkan, antara 200 hingga 400 wanita memakai burqa atau niqab di negara berkenaan.

Undang-undang mengharamkan pemakaian penutup muka di bangunan awam telah diluluskan pada Jun 2018 selepas lebih sedekad isu tersebut diperdebatkan.

“Bermula hari ini, pemakaian penutup muka dilarang di fasiliti pendidikan, institusi awam dan bangunan serta hospital dan pengangkutan awam,” jelas Kementerian Dalam Negeri Belanda dalam kenyataan.

Tambah kenyataan itu, larangan itu amat penting untuk dilaksanakan di tempat-tempat awam sedemikian.

Selain burqa, larangan itu juga terpakai kepada penutup muka seperti topi keledar penuh atau sarung menutup muka.

Mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan denda sebanyak 150 euro (RM686.84). - AFP.