Menurut jurucakap pihak istana, Juan Carlos dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani pembedahan tersebut, semasa melakukan pemeriksaan kesihatan pada Jun lalu.

Malah, katanya, pembedahan itu dijadualkan pada akhir bulan Ogos.

“Ia tidak kelihatan seperti kes yang serius," kata jurucakap itu, sambil menambah raja berusia 81 tahun menjalani kehidupan normal sebelum dinasihatkan untuk melakukan pembedahan tersebut.

Pihak istana bagaimanapun tidak memberi perincian mengenai pembedahan tersebut buat masa ini.

Pembedahan itu akan dijalankan di sebuah hospital swasta di pinggir bandar Madrid. – AFP.